Cools ke yang Dimaksudkan TMJ?

Image of Cools ke yang Dimaksudkan TMJ?
Kuala Lumpur: Siapakah pemain yang dimaksudkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang 'menggantikan' Tan Cheng Hoe menulis taktikal di papan putih ketika perlawanan?

Itu persoalan yang berlegar dikalangan peminat bola sepak tempatan selepas Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) menyalahkan Cheng Hoe yang gagal mengawal bilik persalinan ketika saingan Piala AFF di Singapura, bulan lalu.

Ketika ditemubual di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tunku Ismail mendedahkan beliau mendapat maklumat seorang tonggak Harimau Malaya tampil menulis taktikal di papan putih di dalam bilik persalinan ketika perlawanan.

Katanya, situasi itu tidak pernah berlaku dalam mana-mana perlawanan di dunia yang menggambarkan kelemahan Cheng Hoe ketika mengendalikan pasukan negara.

Arena Metro cuba merisik siapakah gerangan yang dimaksudkan dan hasilnya, sumber mendedahkan ia adalah tonggak kacukan, Dion Cools.

"Maklumat yang saya dapat dari pemain, Cools lah yang tulis di papan putih itu.

"Mungkin sebab pengalaman dia bermain di Eropah dan Cheng Hoe membenarkan dia berkongsi taktikalnya ketika menentang Indonesia.

"Kalau ikutkan memang tak kena cara itu, sebab adalah tugas jurulatih untuk menentukan taktikal pasukan dan bukannya pemain. Tapi niat Cools baik sebab dia nakkan pasukan menang," katanya kepada Arena Metro.

Apa yang berlaku di Singapura itu sememangnya mengejutkan ramai pihak dan pendedahan Tunku Ismail itu membongkarkan lagi kelemahan yang wujud dalam pengurusan pasukan kebangsaan.

Di kempen Piala AFF itu, skuad negara gagal melepasi peringkat kumpulan selepas sekadar merakam dua kemenangan dan dua kekalahan sekali gus meranapkan impian untuk mara ke final buat kali kedua berturut-turut selepas tewas di tangan Vietnam pada aksi final 2018 lalu.

31st January, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved