Piala Sumbangsih: TMJ Undur Diri Jika JDT Tewas Kepada KL City FC?

Image of Piala Sumbangsih: TMJ Undur Diri Jika JDT Tewas Kepada KL City FC?
Adakah benar Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sanggup melepaskan JDT dan tidak terlibat langsung dengan bola sepak negara?

Melaui satu komen di Instagram sebentar tadi, TMJ berkata sedemikian sekiranya JDT tewas dalam perlawanan esok.

JDT dijadualkan akan berhadapan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium Sultan Ibrahim dalam perlawanan merebut Piala Sumbangsih 2022 – yang menjadi pembuka tirai kepada saingan Liga Malaysia pada musim ini.

TMJ bakal tinggalkan JDT?

Melalui satu muat naik di Instagram rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers Baginda berkata: “Jikalau kalah esok saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa apa activity bola sepak dalam negara.”

Bagi penyokong setia Harimau Selatan, ia adalah satu perkara yang amat sukar untuk dibayangkan sekiranya TMJ benar-benar meninggalkan bola sepak – yang juga bermakna Baginda berkemungkinan akan meninggalkan JDT.

Sejak mengambil alih bola sepak di Johor, TMJ berjaya membawa JDT membolot pelbagai kejuaraan termasuk lapan kejuaraan Liga Super Malaysia (MSL) – rekod yang sukar digugat mana-mana kelab di dalam negara setakat ini.

Sudah tentu kejuaraan paling diingati ialah apabila JDT muncul juara Piala AFC pada 2015, menjadikan ia satu-satunya pasukan yang pernah berbuat demikian dari rantau ini.

Bukan sahaja Baginda menjadikan JDT sebagai kelab paling dominan di dalam negara, TMJ turut memperluaskan jenama JDT sehingga dikenali di peringkat antarabangsa.

Laungan keyakinan

Kenyataan oleh TMJ itu juga boleh disifatkan sebagai laungan keyakinan terhadap kemampuan pasukan yang dikendalikan oleh Benjamin Mora untuk perlawanan menentang KL City FC esok.

Walaupun tumpas kepada KL City FC dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021, JDT masih dianggap sebagai pasukan pilihan untuk menang dalam perlawanan Piala Sumbangsih esok.
\mIni berdasarkan perubahan yang telah dilakukan sepanjang jendela perpindahan pemain yang ditutup pada 22 Februari lalu.

Untuk memperkuatkan saingan pasukan pada musim 2022, JDT telah membawa masuk beberapa pemain baharu. Antaranya bekas penyerang Udinese dan Watford, Fernando Forestieri; dan pemain sayap daripada Mali, Moussa Sidibé.

Turut dipancing menyertai skuad Harimau Selatan untuk saingan musim baharu adalah penjaring terbanyak Piala AFF 2020 dari Filipna, Bienvenido Maranon dan juga bek kanan kebangsaan Syahmi Safari.

25th February, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved