Fernando Forestieri Sebak Nikmati Piala Sulung Sepanjang Karier Professional

Image of Fernando Forestieri Sebak Nikmati Piala Sulung Sepanjang Karier Professional
Bintang import baharu Johor Darul Ta’zim, Fernando Forestieri menangis, menahan rasa sebak selepas pasukannya JDT menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada semalam.

Johor Darul Ta’zim berjaya menumbangkan juara Piala Malaysia 2021, KL City FC dengan jaringan 3-0 di Stadim Sultan Ibrahim menerusi jaringan Nazmi Faiz, Fernando Forestieri dan Afiq Fazail.

Fernando Forestieri membuka akaun jaringan dalam saingan Liga-M musim ini pada minit ke-31 perlawanan. Forestieri bijak menggelecek dan menendang masuk bola ke gawang menewaskan Kevin Ray Mendoza untuk jaringan kedua buat JDT.

Pada sesi sidang media selepas perlawanan, Forestieri menyatakan rasa gembira dan syukur dengan kemenangan ini. Menurutnya, bola sepak adalah minatnya dan kejuaraan ini membuatkan dirinya rasa mahu menangis.

“Semua maklum, bola sepak adalah minat saya. Bila kita lakukan sesuatu dengan baik, saya akan beremosi dan saya rasa nak menangis.”

Tambah Forestieri, beliau akan memberikan segalanya buat JDT untuk merangkul lebih banyak piala dan kejuaraan musim ini. Beliau tekad untuk memberikan yang terbaik di Johor Darul Ta’zim.

“Saya sangat gembira dengan peluang ini, saya menang dan saya dahagakan kemenangan selepas ini bersama JDT. Sepanjang saya berada disini, saya akan lakukan yang terbaik.”

27th February, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved