Baha Abdel-Rahman Ingin Hadiahkan Piala Buat Selangor FC

Image of Baha Abdel-Rahman Ingin Hadiahkan Piala Buat Selangor FC
Kapten skuad kebangsaan Jordan, Baha’ Abdel-Rahman menyatakan keinginannya untuk menghadiahkan Piala buat pasukan Selangor FC musim ini.

Pemain berusia 35 tahun itu akui kini semakin selesa dengan corak permainan yang dibawa oleh Selangor FC.

Baha dalam pada itu turut menzahirkan rasa terima kasih terhadap pihak pengurusan serta barisan pemain yang banyak membantu beliau untuk cepat menyesuaikan diri di Malaysia.

“Alhamdulillah, saya dapat menyesuaikan diri dengan baik di sini. Pasukan juga telah banyak membantu dan kami sedang bekerja keras dalam latihan.

“Semoga kami dapat meningkatkan sebagai satu pasukan dan mencapai sesuatu musim ini,” kata Baha dalam laman sosial Instagram Selangor FC. n
Baha kini sudah beraksi dua perlawanan bagi aksi pra-musim bersama Selangor. Cabaran sebenar beliau akan bermula pada hari jumaat ini bagi perlawanan pertama saingan Liga Super menentang KL City FC.

28th February, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved