Jordan Mintah Jadi Korban Sekali Lagi

Image of Jordan Mintah Jadi Korban Sekali Lagi
Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Abd Rasid Jusoh bagaimanapun berharap empat pemain ini terus bermotivasi tinggi untuk sentiasa berada dalam prestasi terbaik kerana mereka tetap berpeluang diturunkan dalam skuad Liga Super pada bila-bila masa.

Kita mendaftarkan empat pemain import itu dalam pasukan TFC II bukan bermakna mereka tidak boleh beraksi dengan pasukan utama. Pemain berkenaan masih boleh menyarung jersi TFC kerana pasukan kedua itu berstatus/n/n Jadi pemain bebas bermain dengan mana-mana dua pasukan berkenaan.

Tapi ianya bergantung kepada perancangan barisan kejurulatihan. Jika lima import dalam pasukan utama gagal memperagakan aksi terbaik ataupun dilanda kecederaan serta penggantungan, pemain berkenaan boleh diganti beraksi dengan pasukan utama.

Pada tahun lalu, Jordan Mintah beraksi dalam enam perlawanan Liga Super menggantikan David Da Silva yang mengalami kecederaan, dan menjaringkan empat gol. Setelah David Da Silva kembali, Jordan Mintah kembali ke pangkuan TFC II dan menjaringkan keseluruhan 16 gol untuk muncul penjaring terbanyak Liga Premier.

Dia juga kemudiannya kembali memperkuatkan TFC dalam saingan Piala Malaysia dan meledak lima jaringan untuk membantu pasukannya layak ke separuh akhir.

Sebelum ini dalam satu temuramah dia pernah mengatakan bahawa, Impian saya adalah untuk bermain dengan pasukan utama musim ini, namun ianya bukan keputusan saya. Terpulang kepada barisan jurulatih untuk menyenaraikan saya beraksi bersama TFC atau TFC II kerana kedua-dua pasukan sudah tentu saya boleh bermain.

Kini saya tidak mahu memikirkan perkara itu. Sebaliknya terus bekerja keras dan menjalani latihan dengan kedua-dua pasukan, lagipun saya tidak ada masalah beraksi bersama rakan dalam mana-mana pasukan.

Di mana jurulatih letak, saya akan bermain bersungguh-sungguh dan memberikan persembahan 100 peratus kerana itu adalah tanggungjawab yang harus dipikul. Lagi pun saya sudah bersedia sepenuhnya jika ditugaskan sebagai penggempur skuad utama.

28th February, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved