Faisal Halim Tekad Bukti Kemampuan Sebenar

Image of Faisal Halim Tekad Bukti Kemampuan Sebenar
'Sahut cabaran atau balik', itu ditegaskan pemain tengah negara, Faisal Halim, yang menganggap, menjadi salah seorang daripada 30 pemain pilihan ketua jurulatih, Kim Pan-gon sebagai satu penghargaan.

Trauma tidak dapat membantu skuad negara ketika saingan Piala AFF di Singapura tahun lalu masih menghantuinya.

Tidak semua pemain akan mendapat peluang kedua tetapi Faisal bersyukur dia masih diberi ruang membuktikan kemampuan.

Kembali dipanggil untuk bersama skuad negara di bawah kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Pan-gon, membawa keterujaan luar biasa bagi Faisal.

Ada kelainan yang ditampilkan Pan-gon, ketika sesi latihan seolah-olah petanda awal, perubahan daripada skuad kebangsaan bakal berlaku.

"Saya berasakan pengalaman Pan-gon mampu meningkatkan mutu pasukan, saya dapat berasakan perubahan taktikal akan berlaku, corak permainan juga akan berubah dan kini bergantung kepada pemain dapat mengikut rentak yang ditetapkan atau tidak," kata Faisal.

Gagal membantu pasukan dalam saingan Piala AFF tahun lalu memberikan kesan trauma buat pemain licik itu, prestasi buruk pasukan dalam saingan tersebut turut membawa kepada perletakan jawatan bekas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, ketika dia tidak mampu berbuat apa-apa ekoran dijangkiti COVID-19.

"Saya mengakui kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan dalam saingan Piala AFF, saya hanya beraksi dalam perlawanan dan meraih keputusan yang tidak diinginkan. Bagaimanapun, inilah bola sepak, saya percaya kepada rezeki, saya berasakan ini adalah peluang untuk membuktikan kepada jurulatih baru dan kami semua sangat bersemangat untuk menghasilkan aksi terbaik untuk skuad kebangsaan."

18th March, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved