Forestieri dan Hyuri Pemain Import Paling Mahal Liga Malaysia

Image of Forestieri dan Hyuri Pemain Import Paling Mahal Liga Malaysia
Fernando Martin Forestieri dari Argentina dan Hyuri Henrique de Oliveira Costa dari Brazil dinilai sebagai pemain import paling mahal yang beraksi di Liga Malaysia pada musim ini menurut Transfermarkt.

Forestieri kini berusia 32 tahun adalah bintang utama JDT pada musim ini. Hyuri yang berusia 30 tahun pula adalah tongak utama Selangor FC pada musim ini.

Kedua-dua pemain beraksi pada musim pertama bersama pasukan masing-masing di dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Nilai Forestieri & Hyuri

Menurut Transfermarkt Forestieri bernilai €900,000 atau bersamaan dengan RM4.16 juta.

Hyuri pula dinilai pada harga €650,000 atau bersamaan dengan RM3.01 juta.

Nilai tersebut meletakkan Forestieri sebagai ketiga paling bernilai yang beraksi di rantau ini di belakang dua pemain import dari Brazil, Diego Lopes dan Pedro Henrique – kedua-duanya beraksi bersama Lion City Sailors di Liga Singapura.

Hyuri pula adalah pemain ke-10 di dalam nilai tersebut, dan merupakan salah seorang daripada empat pemain kelahiran Brazil yang berada di dalam senarai oleh Transfermarkt.

Hampir kesemua pemain termahal di rantau ini adalah pemain dari luar negara, kecuali bintang Thailand, Teerathon Bunmathan yang kini menyarung jersi Buriram United.

Sebelum ini Theerathon yang kini mencecah usia 32 tahun turut pernah berkelana ke J League bersama Vissel Kobe dan Yokohama F. Marinos.

Reputasi Forestieri dan Hyuri

Nilai semasa Forestieri dan Hyuri oleh Transfermarkt tidaklah mengejutkan mengambil kira reputasi kedua-dua pemain.

Forestieri misalnya pernah beraksi bersama beberapa kelab di England dan Itali. Antara pasukan yang pernah disertai oleh pemain penyerang ini adalah seperti Udinese, Empoli, Watford dan Sheffield Wednesday.

Hyuri pula pernah menyarung jersi kelab utama di Brazil seperti Botafogo dan Athetico Miniero.

Sehingga kini kedua-dua pemain telah menampilkan taring masing-masing di jentera serangan di dalam saingan Liga Super Malaysia dan Piala FA.

18th March, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved