Kim Pan Gon Mahu Malaysia Beraksi Dengan Tempo dan Intensiti Tinggi

Image of Kim Pan Gon Mahu Malaysia Beraksi Dengan Tempo dan Intensiti Tinggi
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon berhasrat untuk membentuk pasukannya menjadi sebuah pasukan yang mampu beraksi dengan tempo dan intensiti yang tinggi.

Beliau mengakui mempunyai perancangan tersebut, namun corak permainan pasukan akan dibuat secara berperingkat dan berdasarkan kemampuan pemain sedia ada.

“Corak permainan dengan tempo tinggi penting,” kata Pan-gon kepada Berita Harian.

“Tapi harus berdasarkan fizikal dan teknikal. Apa yang kami ada, kami cuba yang terbaik untuk membentuk pasukan.

“Kami cuba melakukannya (permainan berintensiti tinggi). Jika kita tidak mampu buat dan cuba buat juga, kita akan gagal.

“Jadi kita akan lihat apa yang kita ada, apa yang kita boleh lakukan. Saya mahu ke arah itu, permainan dengan tempo dan intensiti tinggi.”

Pan-gon juga dalam misi untuk meningkatkan keyakinan diri pemain.

“Saya mahu fokus kepada pembentukan pasukan. Kita perlu bagi mereka keyakinan.

“Ada yang bagus, tapi mereka tak percaya mereka bagus. Keyakinan diri mereka, percaya pada diri.

“Kita cuba bentuk keyakinan dan selepas itu kita fokus kepada perancangan corak permainan. Kami akan luangkan banyak masa untuk berkomunikasi.”

Bagaimanapun, beliau mengakui masih dalam proses mengenali lebih mendalam keupayaan pemain skuad kebangsaan dan budaya bola sepak Malaysia.

18th March, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved