JDT Mampu Bolot Semua Ttrofi 2022

Image of JDT Mampu Bolot Semua Ttrofi 2022
PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka membolot semua trofi yang ditawarkan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Ini selepas mereka mempamer aksi mengagumkan pada perlawanan Sumbangsih menentang Kuala Lumpur City (KL City), Sabtu lalu.

Skuad bimbingan Benjamin Mora mempamer gaya bola sepak moden, me­lakukan tekanan berterusan dan bermain agresif.

Bekas pemain kebangsaan, Hairuddin Omar percaya, penyang juara itu akan terus menguasai Liga M jika dapat mengekalkan permainan sebegitu sehingga akhir musim.

Bagaimanapun, beliau melihat lima pasukan berpotensi me­nyaingi mereka musim ini iaitu Selangor, Kedah, Sabah, Terengganu FC dan KL City.

“Pasukan pilihan untuk menguasai Liga M sudah tentu JDT tetapi mereka akan dicabar Sela­ngor, Kedah, Sabah, Terengganu dan KL City.

“Dalam aksi Sumbangsih, mereka bermain bagus, boleh dikatakan selalu melakukan tekanan dan bermain secara agresif.

“Melihat prestasi semasa dan jika konsisten se­perti itu, mereka akan memenangi semua piala musim ini,” kata Hairuddin Omar kepada Utusan Malaysia.

JDT menjuarai Liga Super lapan kali berturut-turut dari 2014 hingga 2021, malah kejayaan menumpaskan KL City 3-0. Ini membolehkan mereka mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah kali kelima berturut-turut.

Kata Hairuddin, KL City sebenarnya mampu menjadi pencabar Liga M dan prestasi anak-anak buah Bojan Hodak Sabtu lalu bukan kekuatan sebenar mereka.

Sementara itu, penganalisis sukan, Dr. Pekan Ramli percaya, terlalu sukar buat mana-mana pasukan mencabar kehebatan JDT, namun melihat Terengganu mampu memberi saingan sengit.

“Saya memilih Terengganu antara pencabar yang boleh memberi saingan sengit kepada JDT biarpun agak sukar,” katanya. JDT membawa masuk import baharu yang mampu memberi perbezaan besar – Fernando Forestieri, Carli De Murga, Bienvenido Maranon dan Moussa Sidibe.

1st March, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved