Majlis pelancaran jersi bagi musim 2022 itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, dekat sini, malam tadi.
Jersi utama skuad berkenaan yang mengabungkan warna hijau dan putih bakal digunakan bagi aksi di laman sendiri manakala warna merah di tempat lawan. Jersi ketiga bakal dilancarkan selepas ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Seri Justin Lim berpuas hati dengan corak jersi berkenaan.
Katanya, pakaian keluaran jenama sukan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd itu amat menarik dan berharap penyokong akan memberi sokongan kepada pasukan berkenaan.
"Bagi musim ini, kita mensasarkan untuk satu trofi kejuaraan selain sekurang-kurangnya menduduki tangga ketiga Liga Super," katanya.
Sempena majlis pelancaran jersi berkenaan, turut diadakan perlawanan antara Melaka United dan Selangor FC bagi merebut Piala TYT.
Melaka United Lancar Jersi 2022

1st March, 2022