Terlalu Awal Menilai Penang FC

Image of Terlalu Awal Menilai Penang FC
PEMAIN tengah, Adib Abdul Ra’op yakin Penang FC pimpinan Tomas Trucha berpotensi mengulangi pencapaian musim lalu walaupun bermula perlahan di awal musim apabila menamatkan tempat ketiga Liga Super sebelum ini.

“Masih terlalu awal untuk perkatakan peluang Penang pada musim ini kerana kami baharu sahaja lalui dua perlawanan dengan aksi pertama berdepan JDT.

“Tambahan kami hanya turun dengan tiga pemain import ekoran Casagrande dan Endrick digantung dalam dua perlawanan berkenaan.

“Saya rasa kami boleh peroleh keputusan lebih baik selepas melalui beberapa perlawanan lagi, tambahan masa rehat yang ada ini boleh digunakan sepenuhnya untuk pasukan perbaiki kelemahan,” katanya.

Untuk rekod, Penang kendalian Trucha tewas 0-1 kepada JDT dalam aksi pembukaan di Stadium Sultan Ibrahim sebelum terikat seri 1-1 berdepan Melaka United FC di Stadium Bandaraya pada perlawanan kedua.

Skuad asuhan Trucha akan berdepan Sarawak United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri pada 5 April depan.

Sementara itu, Adib tidak menyangka mampu meraih tempat dalam kesebelasan utama Penang FC pada awal musim ini walaupun hadir sebagai antara muka baharu bersama skuad Harimau Kumbang tersebut.

Justeru, dia berazam tidak mahu mensia-siakan peluang diberikan selain mahu kekal konsisten dalam tiap perlawanan bagi membantu cabaran Haria Penang Haria musim ini.

21st March, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved