TMJ Masih Tak Puas Hati Prestasi JDT

Image of TMJ Masih Tak Puas Hati Prestasi JDT
KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan masih belum berpuas hati dengan prestasi skuad Harimau Selatan walaupun skuad itu meraih keputusan meyakinkan dalam beberapa perlawanan awal musim ini.

Ia termasuk JDT menewaskan Kuala Lumpur City (PJ City) 3-0 dalam perebutan Piala Sumbangsih, menang 1-0 dan 6-0 ke atas Penang FC dan Sarawak United FC dalam saingan Liga Super serta membelasah pasukan Liga M3, BRM FC 10-0 di pusingan pertama Piala FA.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) bagaimanapun menjelaskan bahawa perjalanan skuad kendalian Benjamin Mora masih panjang.

"Saya tengok semua pemain JDT tak bagus, saya tak berpuas hati dan pasukan ini pun kurang bagus. Belum mencapai standard yang saya inginkan.

"Saya tak akan raikan selagi kita belum angkat piala tersebut sebab perinsip saya, selagi anda belum dapat lihat atau cuit, ia bukan milik anda. Jadi saya belum puas hati, ini baru permulaan liga, panjang lagi perjalanan," katanya pada sidang media di ibu pejabat JDT di Iskandar Puteri, semalam.

JDT kini berada di kedudukan teratas Liga Super selepas maraih kemenangan dalam dua perlawanan awal dan berkongsi enam mata dengan pasukan tangga kedua, Kedah Darul Aman FC (KDA).

Skuad Harimau Selatan masih kekal sebagai pilihan utama untuk menjuarai Liga Super selepas berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka sejak 2014.

21st March, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved