Kebebasan Dion dan Corbin Menyerang Petanda Era Baru Bola Malaysia

Image of Kebebasan Dion dan Corbin Menyerang Petanda Era Baru Bola Malaysia
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Richard Scully berpendapat bahawa kebebasan yang diberikan kepada dua bek Harimau Malaya iaitu Dion Cools dan Corbin Ong untuk bergerak bebas membantu bahagian serangan merupakan satu idea yang baik.

Richard ketika ditanya Utusan Malaysia sebelum itu menyatakan bahawa taktikal yang diterapkan Kim Pan-gon amat berkesan buat pasukan. Ia sesuai dan cocok dengan keupayaan para pemain yang sedia ada.

“Secara keseluruhan, saya lihat pemain faham apa yang dikehendaki jurulatih. Dengan taktikal 4-3-3, saya percaya langkah itu berkesan kerana setiap pemain menjalankan tugas mengikut keupayaan yang ditetapkan.”

Pencari bakat NFDP itu juga menjelaskan bahawa Kim Pan-gon lebih gemar kepada permainan menyerang dan tambahnya lagi, walaupun skuad Harimau Malaya tewas kepada Singapura tempoh hari, namun KPG telah mencapai objektif pasukan.

“Saya juga lihat Kim Pan Gon mempunyai falsafah permainan menyerang.”

“Walaupun kita kalah de­ngan Singapura pada perlawanan kedua, itu tidak bermaksud kita tidak mencapai objektif kerana keputusan akhir menang atau kalah itu adat pertandingan.”

Mengulas lanjut perihal gaya permainan yang diguna pakai, Richard sendiri yakin bahawa para pemain sudah faham tentang tugasan dan tanggungjawab di posisi masing-masing. Richard juga setuju dengan role kebebasan yang diberikan kepada Dion Cools dan Corbin Ong.

31st March, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved