Malaysia Hadapi Dua Aksi Persahabatan Antarabangsa Mei Ini

Image of Malaysia Hadapi Dua Aksi Persahabatan Antarabangsa Mei Ini
Skuad kebangsaan Malaysia akan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada bulan Mei ini dan kedua-dua aksi akan berlangsung di gelanggang keramat iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil. Masih belum diketahui pasukan mana yang akan menjadi lawan Harimau Malaya pada dua aksi persahabatan ini namun terdapat khabar angin mengatakan satu pasukan dari Asia Selatan dan Asia Barat akan menguji skuad kendalian Kim Pan-gon. Malaysia baru sahaja menamatkan siri perlawanan persahabatan di negara jiran dimana pasukan negara meraih dua kemenangan dan satu kekalahan sepanjang beraksi di Singapura. Pasukan kebangsaan berjaya menewaskan Filipina 2-0 pada aksi pertama menerusia dua jaringan Akhyar Rashid. Skuad kendalian Pan-gon kemudiannya tewas kepada tuan rumah dengan keputusan 2-1 dan menutup jelajah perlawanan persahabatan di seberang tambak itu dengan menewaskan Albirex Nigata Singapore dengan keputusan 3-0. Pan-gon mengakui beliau gembira bersama semua pemain sepanjang 10 hari dalam kem latihan pusat pertama dan menyifatkan mereka bermain di luar jangkaannya ketika aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina dan Singapura. “Saya gembira bersama semua pemain, tiada aduan mengenai mereka. Tetapi kami cuba untuk menyelesaikan semua program di sini, semestinya kami cuba untuk memperbaiki, lebih positif untuk pemain. “Saya sangat menghargai dapat sesuatu, kami gunakan peluang ini untuk cuba menambah baik. Saya rasa kami sudah bertambah baik tetapi ini bukan destinasi kami, saya positif kami boleh pergi lebih jauh. “Bagi saya, secara amnya, ia adalah permulaan yang baik, dari semasa ke semasa saya selesa di bangku simpanan. Saya sangat yakin dengan prestasi semua pemain. Mereka hebat. Malangnya, kami tidak dapat mengubah nasib walaupun banyak peluang,” katanya. Barisan pemain yang dipanggil untuk beraksi di Singapura akan kembali ke pangkuan kelab masing-masing bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022 dan akan dikumpulkan kembali pada bulan Mei ini bagi menyertai kem latihan pusat.

31st March, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved