Terengganu FC Dedah Kepincangan Melaka

Image of Terengganu FC Dedah Kepincangan Melaka
MELAKA: Jurulatih Melaka United, Risto Vidakovic mengesan beberapa kelemahan selepas skuadnya tewas pada aksi persahabatan berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam 28 Mac 2022 yang lalu.

Baginya kekalahan 2-4 kepada lawan memberi maklumat berguna buatnya menjelang aksi berdepan PIB FC pada pusingan pertama Piala FA Khamis ini di gelanggang sama.

Vidakovic berkata, persiapan pasukannya sedikit terjejas selepas latihan terpaksa dihentikan dalam tempoh seminggu disebabkan pemain positif COVID-19 dua minggu lalu.

Menurutnya, aksi persahabatan pertama selepas kuarantin memberi pengajaran bermakna buat skuad berkenaan dalam persediaan mengharungi Piala FA dan Liga Super selepas ini.

"Prestasi pemain pada separuh masa pertama agak baik tetapi terdapat kesilapan menyebabkan lawan menjaringkan gol pertama.

"Justeru, fokus kini ditumpukan untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam rentak permainan sama ada ketika bertahan dan menyerang," katanya.

Gol-gol Melaka dalam perlawanan itu dijaringkan Hasbullah Abu Bakar dan Ifedayo Olusegun sementara Tcetche Kipre meledak dua gol buat TFC manakala dua lagi gol oleh Zuasyraf Zulkiefle dan Hakimi Abdullah.

6th April, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved