Dua Penalti dan Kad Merah Selamatkan Selangor Dimalukan KL City

Image of Dua Penalti dan Kad Merah Selamatkan Selangor Dimalukan KL City
Perlawanan pembukaan Liga Super 2022 melibatkan pertembungan antara pasukan Kuala Lumpur City FC menentang Selangor FC berkesudahan dengan keputusan seri 3-3.

Kedua-dua pasukan bermula dengan baik apabila melancarkan serangan bertali-arus untuk memperoleh jaringan awal.

Namun begitu, kekebalan benteng pertahanan untuk menghalang segala percubaan menyebabkan perlawanan berlangsung seimbang.

KL City hampir memperoleh gol awal apabila kealpaan benteng pertahanan Selangor mengawal keadaan namun hantaran lintang yang dilakukan gagal sampai ke sasaran.

Peluang terbaik pada babak pertama buat pasukan Selangor hadir menerusi satu sepakan percuma yang diambil oleh Baha Abd Rahman sebelum pertahanan KL City, Irfan Zakaria tertampan ke gawang sendiri.

Pasukan bimbingan Bojan Hodak tidak menunggu lama untuk terus mencari gol penyamaan berhasil apabila rembatan jarak jauh oleh Zhafri Yahya melepasi kawalan Khairul Azhan.

Selangor terus memburu gol kedua dan memperolehnya menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Caion.

The City Boys juga tidak menunggu lama apabila serangan yang direncanakan oleh Paulo Josue berjaya disempurnakan oleh Hadin Azman yang tidak dikawal menerusi satu tandukan.

Perlawanan pada separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan 2-2.

Bersambung babak kedua, Selangor dilihat bermula dengan baik apabila percubaan demi percubaan dilancarkan untuk menggandakan kedudukan.

Gol pasukan tuan rumah hadir menerusi satu rembatan deras oleh Ryan Lambert sekaligus meletakkan pasukan di hadapan.

Selangor diselamatkan sekali lagi apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti kedua dalam perlawanan ini dan peluang itu tidak disia-siakan oleh Ciaon.

Kedua-dua pasukan berkongsi mata di Stadium Cheras.

4th March, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved