Jaringan Tunggal Bergson Julang JDT

Image of Jaringan Tunggal Bergson Julang JDT
Juara bertahan Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan pertama Liga Super musim ini apabila menewaskan Penang FC 1-0. Jaringan tersebut hasil daripada pemain Bergson da Silva.

Gol pada minit ke-70 permainan tersebut hadir menerusi hantaran jauh Arif Aiman. Johor dilihat mendominasi perlawanan namun Penang tetap ampuh bertahan sehinggalah minit ke-70.

JDT yang bermain digelanggang sendiri dilihat kerap mengasak kubu lawan sehinggakan para pemain Penang terpaksa turun bertahan dengan lebih rendah. Berbeza pula dengan barisan pertahanan JDT seperti Shahrul Saad, Shane Lowry dan Carli de Murga yang kurang diasak barisan serangan Penang FC.

Penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar juga menampilkan aksi yang cemerlang dalam menepis beberapa percubaan berbahaya daripada para pemain JDT.

Dalam perlawanan, pemain baharu JDT iaitu Syahmi Safari turut melakukan debut pertama beliau.

4th March, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved