TMJ Sound Direct Bundesliga Isu Politik Dalam Bola Sepak

Image of TMJ Sound Direct Bundesliga Isu Politik Dalam Bola Sepak
Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi teguran kepada Bundesliga mengenai satu hantaran yang dilakukan untuk menunjukkan solidariti kepada Ukraine.

Umum mengetahui bahawa ketika ini konflik yang berlaku melibatkan Russia dan juga Ukraine telah pun mendapat perhatian satu dunia.

TMJ telah pun meninggalkan satu komen pada laman rasmi Bundesliga yang mempertahankan Ukraine dengan menyatakan bahawa tidak ada siapapun perlu hidup dalam peperangan dengan tanda pagar #StandWithUkraine.

Namun begitu, Baginda Tunku menegaskan bahawa perhatian ini hanya dibuat kepada negara-negara Eropah sahaja dan tidak pula berlaku ketika konflik di negara-negara yang pernah ditindas oleh kuasa barat terjadi.

‘Macamana pula dengan negara-negara lain yang pernah diceroboh sebelum dan ketika ini. Adakah kehidupan mereka tidak penting?’

’Vietnam, Syria, Iraq, Libya, Yaman, Afghanistan,Palestin dan lain-lain,’ -Jelas TMJ.

Baginda juga melihat tindakan ini sebagai ’pilih bulu’ kerana mempersoalkan tindakan mereka yang hanya memfokuskan terhadap golongan tertentu sahaja.

’Adakah kehidupan (negara-negara yang dinyatakan) tidak penting kerana warna kulit atau agama mereka?’

Tunku Ismail tidak sedikit pun menafikan bahawa isu penindasan yang berlaku kepada Ukraine itu merupakan satu tindakan yang betul, namun baginda melihat ini hanyalah sebahagian daripada mainan politik dalam sukan.

‘Sedihnya media barat dan organisasi bola sepak hari ini sangat hipokrit.’

Baginda mengakhiri komentarnya dengan menegaskan bahawa kehidupan semua adalah sama penting dengan tanda pagar #Alllifematters .

4th March, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved