Bojan Hodak Terkejut Dengan Aksi Zhafri Yahya

Image of Bojan Hodak Terkejut Dengan Aksi Zhafri Yahya
Perlawanan keempat saingan Liga Super 2022 menyaksikan pertembungan di antara pasukan KL City menentang Melaka United. KL City berjaya mencatat keputusan positif setelah menewaskan pasukan Melaka United 2-0.

Pemain sayap KL City, Zhafri Yahya yang masuk pada babak kedua permainan telah mencuri perhatian ramai setelah menampilkan aksi yang cemerlang. Pemain yang berusia 28 tahun ini telah diberikan kepercayaan oleh pengendali KL City, Bojan Hodak bagi mengisi posisi sayap kanan pasukan.

Zhafri yang sebelum ini dibelenggu dengan masalah kecederaan kembali beraksi apabila dimasukkan bagi menggantikan Hadin Azman. Ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak terkejut dan memuji persembahan memukau daripada Zhafri.

“Zhafri sudah kembali dan beliau bermain dengan sangat baik sepanjang 45 minit permainan. Untuk jurulatih, apa yang penting adalah memiliki ramai pemain. Walaupun kami ada beberapa pemain muda, namun kadangkala mereka takut untuk beraksi.”

Dalam pada itu, Bojan dilihat teruja dan gembira sekembalinya semula beberapa ayam tambatan KL City. Menurutnya, memiliki pemain yang lengkap merupakan satu kelebihan buat sesebuah pasukan.

“Tapi kini sekembalinya Zhafri dan Romel dalam pasukan, kita ada pemain yang cukup. Jadi sebagai jurulatih, itulah yang penting buat sesebuah pasukan,” ujar Bojan Hodak ketika sesi sidang media selepas perlawanan di Stadium Cheras, malam semalam.

Zhafri dalam perlawanan tersebut beberapa kali berjaya melakukan hantaran lintang yang tepat dan lorongan kemas kepada penyerang KL City. Gerakan pemain licik ini juga telah memaksa pertahanan Melaka United tak senang duduk untuk mengawalnya.

10th April, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved