Harimau Kumbang Ikat Negeri Sembilan FC 1-1

Image of Harimau Kumbang Ikat Negeri Sembilan FC 1-1
GEORGE TOWN – Penang FC hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) pada saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.

Pada babak pertama perlawanan, cubaan skuad kendalian Tomas Trucha untuk meraih gol pertama mereka gagal disudahi dua pemain tengahnya iaitu Endrick Dos Santos dan Muhamad Faizat Mohamad Ghazli pada minit ke-29 selepas sepakan balas mereka hanya menjengah pintu luar gawang.

Gol pertama skuad kendalian K. Devan hadir pada minit ke-30 hasil sepakan penalti kapten pasukan, Mohamad Zaquan Adha Radzak setelah Kapten Penang FC, Abdul Latiff Suhaimi telah mengasari dan menjatuhkan pemain pertahanan lawan, Nasrullah Haniff ketika sepakan percuma dilakukan.

Penang FC juga dilihat tidak mahu menyerah kalah apabila mereka sedaya upaya cuba menjaringkan gol sulung pada separuh masa pertama dengan melakukan beberapa siri serangan balas.

Usaha yang dipamerkan skuad Harimau Kumbar ternyata tidak sia-sia apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh penyerang import dari Lubnan, Hilal AlHelwe pada minit ke-38.

Bagaimanapun, Mohamad Zaquan telah dilayangkan kad kuning pertamanya setelah dilihat mengasari Muhammad Adib Abdul Ra’op pada minit ke-39.

Keputusan itu kekal sehingga tamat babak pertama dengan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah bermula garang dengan berupaya menggandakan rentak kecemerlangan mereka apabila cuba menggadakan gol kedua namun berjaya dihalang barisan benteng pertahanan Negeri Sembilan.

Sepakan percuma untuk Penang FC sekali lagi hadir menerusi tendangan Rafael Victor setelah pertahanan lawan, A. Namathevan dilihat cuba mengasari pemain tengah kubu tuan rumah, T. Saravanan pada minit ke-71 tetapi gagal disambar kemas rakan pasukannya.

Kedua-dua pasukan cuba ‘memanaskan’ perlawanan apabila masing-masing melakukan serangan bertali arus bagi mencari gol kedua sehingga ke tambahan empat minit terakhir perlawanan.

Lagi sepakan percuma untuk Penang FC hadir pada minit terakhir perlawanan apabila hantaran Muhammad Danial Ashraf dan Latiff gagal disempurnakan dengan kemas oleh barisan pasukannya.

Keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

10th April, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved