Nafuzi Yakin Terengganu Tetap Boleh Tewaskan JDT

Image of Nafuzi Yakin Terengganu Tetap Boleh Tewaskan JDT
Pengendali pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain melaungkan keyakinan bahawa anak buahnya mampu bangkit daripada kekecewaan apabila turun berdepan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Ia sudah pastinya merencatkan sedikit perjalanan pasukan yang baru sahaja mahu mendapatkan rentak disebabkan perlawanan pertama mereka pada musim ini.

Sungguhpun begitu, Nafuzi tetap optimis dengan kemampuan anak buahnya untuk terus mengikut segala pelan dan juga perancangan yang telah diaturkan untuk membawa kejayaan kepada pasukan.

‘Kita tidak nafikan bahawa perlawanan kedua dengan JDT ini bakal memberi cabaran getir tetapi dengan fokus dan taktikal yang betul insya-Allah peluang untuk meraih kemenangan tetap ada.’

‘Oleh itu, saya harapkan pemain memberi persembahan terbaik untuk kita bawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari tempat lawan malam esok,’ -katanya ketika dihubungi Bernama.

Walau bagaimanapun, pengendali berusia 44 tahun itu tidak mahu para pemainnya menggunakan alasan jadual yang padat pada bulan Ramadan ini untuk tampil lesu di atas padang.

Ketika ini, kem Terengganu sudah pasti bersemangat untuk turun berdepan JDT tatkala kemenangan sahaja mampu untuk mengubah permulaan suram mereka.

Terengganu turun bagi perlawanan kedua mereka dalam tempoh kurang 5 hari dan juga beraksi di gelanggang lawan sudah pasti memberi cabaran yang cukup getir buat pasukan.

10th April, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved