Paula Josue Wira KL City Tewaskan Melaka United

Image of Paula Josue Wira KL City Tewaskan Melaka United
Seawal minit ketiga permainan, pasukan tuan rumah telah membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan, Paulo Josue. Gol pertama buat KL City hadir setelah Paulo Josue memanfaatkan keadaan kucar-kacir di bahagian benteng pertahanan Melaka United.

Pada minit ke-28 permainan, Paula Josue sekali lagi menjadi watak penting buat pasukan KL City setelah menjaringkan gol kedua perlawanan. Hantaran lintang daripada pemain sayap, J Partiban disudahkan dengan baik oleh Paulo Josue.

Dua gol daripada Paulo Josue meletakkan KL City selesa mendahului Melaka United 2-0 di separuh masa pertama perlawanan.

Babak kedua berlangsung menyaksikan pengendali KL City, Bojan Hodak memasukkan ayam tambatan pasukan, Zhafri Yahya. Kemasukan Zhafri dilihat memberi tonik tambahan di bahagian serangan pasukan KL City.

Permainan dilihat lebih seimbang apabila kedua-dua pasukan saling menyerang. Peluang terbaik hadir buat pasukan Melaka United pada minit ke-86 permainan apabila satu percubaan tepat dari luar kotak penalti dilepaskan. Bagaimanapun ketangkasan Kevin Ray Mendoza telah menjadi penyelamat buat KL City.

Walaupun banyak peluang yang dicipta menerusi kedua-dua pasukan, namun masing-masing buntu dalam mencetak jaringan. Tiga minit masa tambahan tidak mengubah apa-apa keputusan, perlawanan tamat, KL City 2-0 Melaka United.

10th April, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved