Jadual Liga Super Sah Dipinda Gara-Gara Sukan SEA

Image of Jadual Liga Super Sah Dipinda Gara-Gara Sukan SEA
KUALA LUMPUR – Malaysian Football League (MFL) mengumumkan jadual perlawanan Liga Super membabitkan perlawanan ketujuh sehingga ke-10 musim ini bakal dipinda.

Ia bagi memberikan laluan kepada persiapan skuad senior kebangsaan dan skuad bawah 23 tahun (B-23) yang akan mengharungi kejohanan antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, sebanyak enam perlawanan Liga Super akan dipinda yang mana ia adalah penyelarasan di antara FAM dan MFL berkaitan agenda pasukan kebangsaan B-23 yang bakal menyertai latihan pusat dan Sukan SEA 2022 Hanoi di Vietnam bermula 30 April 2022 sehingga 23 Mei 2022.

Terdahulu, MFL turut menjelaskan perlawanan pusingan kedua Piala FA melibatkan pasukan-pasukan yang terlibat juga bakal dipinda sebelum diumumkan pada minggu depan.

Rentetan perpindahan jadual aksi Liga Super dan Piala FA yang diumumkan MFL itu, pelbagai pendapat dilontarkan oleh majoriti penyokong kelab dan menyifatkan kedua badan bola sepak itu tidak mengambil peduli pengorbanan mereka.

24th April, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved