Sarawak Jinakkan PJ City untuk Raih Kemenangan Pertama

Image of Sarawak Jinakkan PJ City untuk Raih Kemenangan Pertama
PETALING JAYA: Pendatang baharu Liga Super 2022, Sarawak United akhirnya meraih kemenangan pertama selepas enam perlawanan apabila mengatasi Petaling Jaya City (PJ City) 3-1, sebentar tadi.

Skuad bimbingan B. Sathianathan yang tewas 0-1 di tangan Terengganu FC sebelum ini beraksi cemerlang memastikan tiga mata pertama berjaya diraih di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Tuan rumah terlebih dahulu memiliki peluang seawal minit kelima menerusi penyerang berbisa, Darren Lok namun rembatannya tersasar ketika hanya berdepan penjaga gawang SUFC, Mohd Sharbinee Allawee Ramlu

Pelawat seharusnya berada didepan seawal minit ke 18 selepas dihadiahkan sepakan penalti namun Boris Kok yang gagal menewaskan penjaga gawang PJ City FC, Kallamullah Al-Hafiz.

Begitupun, selang dua minit kemudian, Boris berjaya menutup kesilapannya dengan menjaringkan gol pertama pelawat menerusi tandukan selepas mendapat hantaran dari Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri.

Memasuki babak kedua, pelawat tidak menunggu lama untuk menggandakan kelebihan selepas penyerang import, Francis Kone menjaringkan gol kedua selepas seminit babak kedua berlangsung.

The Phoenix berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan pemain gantian R. Kogileswaran pada minit ke-74, namun Kone memastikan kemenangan mutlak buat Sarawak selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 83.

Walaupuan PJ City cuba bangkit memburu gol, namun keputusan 3-1 itu kekal sehinggalah tamat perlawanan.

24th April, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved