Insiden Kenny Palraj Lepuk Leandro Buat Penyokong Tepuk Dahi

Image of Insiden Kenny Palraj Lepuk Leandro Buat Penyokong Tepuk Dahi
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras Kuala Lumpur menyaksikan pertembungan di antara pasukan KL City menentang Johor Darul Ta’zim.

Babak pertama perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua pasukan mencuba untuk mencetak jaringan pembukaan. JDT yang mempertaruhkan gandingan Forestieri dan Bergson di bahagian hadapan beberapa kali berjaya membuat pertahanan KL City tak senang duduk.

Pada minit ke-18 permainan, Fernando Forestieri yang melepasi halangan pertahanan KL City, berjaya membuka akaun jaringan perlawanan. Rembatan kencang Forestieri gagal diselamatkan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza.

Separuh masa pertama perlawanan tamat dengan keputusan 1-0.

Babak separuh masa kedua semakin hangat apabila banyak kekasaran yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Tempo permainan juga dilihat terjejas apabila banyak layangan kad kuning terhasil.

Aksi di Stadium Cheras terus tegang apabila tonggak tengah KL City, Kenny Pallraj dilayangkan kad merah. Tindakan Kenny yang melepuk pemain JDT, Leandro Velazquez telah dikesan pengadil.

Pada minit ke-57 permainan, Kenny Pallraj telah dilayangkan kad merah. Insiden tersebut sekaligus merencatkan percaturan pengendali KL City, Bojan Hodak.

KL City tewas di laman sendiri apabila JDT mencatatkan kemenangan bergaya 3-0.

8th April, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved