Trucha Korban Kedua Liga Super

Image of Trucha Korban Kedua Liga Super
KUALA LUMPUR: Ketika Jurgen Klopp menikmati detik terbaiknya bersama Liverpool musim ini dengan pemburuan empat piala, 'kembarnya' di Liga Malaysia (Liga M), Tomas Trucha berdepan nasib berbeza.

Trucha yang memiliki rupa mirip dengan pengurus The Reds itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Penang FC (PFC) selepas lebih semusim bersama pasukan.

Ini menjadikan jurulatih dari Republik Czech itu menjadi 'korban' kedua Liga Super selepas jurulatih Melaka United (MU), Risto Vidakovic.

Perkembangan itu disahkan PFC menerusi akaun Facebooknya hanya beberapa jam sebelum pertembungan menentang KL City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

"Kelab menzahirkan penghargaan penghargaan kepada Tomas Trucha atas khidmatnya bersama pasukan.

"Terutamanya selepas membawa pasukan menduduki tangga ketiga Liga Super pada musim 2021.

"Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk kariernya selepas ini," kata pasukan itu.

Selepas beraksi hebat pada musim lalu sebagai pendatang baharu Liga Super, skuad Harimau Kumbang 'lemau' pada musim ini apabila belum lagi menang dalam enam perlawanan sekali gus menghuni tangga tercorot.

16th May, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved