JDT Hampir Dimalukan Sri Pahang FC

Image of JDT Hampir Dimalukan Sri Pahang FC
ISKANDAR PUTERI – Juara liga lapan kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir diaibkan oleh pasukan Sri Pahang FC di halaman sendiri apabila diselamatkan oleh sepakan penalti untuk mengikat lawan 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Aksi pada babak pertama antara Harimau Selatan menentang skuad Tok Gajah dilihat seimbang setelah kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan bagi memburu gol pembukaan.

Gol pertama perlawanan hadir apabila Fernando Forestieri merampas bola dari kawalan pemain pertahanan dan bertukar hantaran dengan Corbin Ong sebelum membuat hantaran lambung kepada Bergson bagi meledak gol pada minit ke-17.

Skuad bimbingan Christophe Gamel berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-38 menerusi serangan balas diterajui oleh Mahmoud Saleem Za’tara.

Ketika pasukan bimbingan Benjamin Mora gigih berusaha mencari gol kedua, Sri Pahang pula yang menambah jaringan menerusi sepakan penalti setelah Za’tara dijatuhkan oleh Shahrul Saad.

Penalti dihadiahkan pengadil perlawanan, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli dimanfaatkan sebaiknya oleh Manuel Hidalgo untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

Ketika perlawanan dilihat berpihak kepada Sri Pahang, JDT pula dihadiahkan sepakan penalti oleh Ahmad Zuhaidi setelah ternampak tolakan oleh Hasnul Zaim Zafri ketika bersaing dengan Bergson dalam kotak penalti walaupun pengadil itu berada jauh dari kotak penalti.

21st May, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved