Yazan Akui Belum Berada di Prestasi Terbaik Bersama Selangor

Image of Yazan Akui Belum Berada di Prestasi Terbaik Bersama Selangor
Pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab, mengakui masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan cuaca di Malaysia selepas empat bulan bersama pasukan Gergasi Merah berkenaan. Yazan dan rakan senegaranya dari Jordan, Baha Abdel-Rahman, merupakan taruhan import baru Selangor musim ini, di samping dua pemain Brazil, Herlison Caion dan Hyuri Henrique.

Khidmatnya ditagih untuk memastikan keampuhan benteng Selangor tetapi pemain kebangsaan Jordan itu masih belum dapat menunjukkan prestasi terbaiknya setakat ini.

Perkara itu diakui sendiri oleh Yazan walaupun dia pernah beraksi mantap menentang Harimau Malaya sewaktu mewakili negaranya dalam satu aksi persahabatan sebelum ini.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia berkata: "Cuaca di sini, kelembapannya amat tinggi dan di Jordan, kami tidak mempunyai pencahayaan seperti di sini.

"Daripada 10, saya hanya boleh memberikan diri saya (rating) lima atau enam."

Selangor akan berdepan Sarawak United di Stadium Petaling Jaya apabila saingan Liga Super bersambung pada 19 Jun ini.

27th May, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved