Kedah Gigit Jari Di Laman Sendiri

Image of Kedah Gigit Jari Di Laman Sendiri
ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas kepada Melaka United 2-3 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Kekalahan ini memberi tekanan berganda buat Kedah yang sebelum ini tewas besar 0-4 kepada Sabah dan 1-4 kepada Selangor FC.

Kedah memulakan langkah kanan dengan gol pembukaan pada minit ke-20 melalui rembatan kencang penyerang utama Ngah Wanja yang mendapat umpanan Syafiq Ahmad sekaligus menewaskan penjaga gol pelawat, Byan See.

Keselesaan Kedah mendahului dengan satu gol bagaimanapun tidak kekal lama apabila Melaka mengejutkan tuan rumah selang tiga minit dengan gol penyamaan oleh Ifedayo Olusegun yang menewaskan Ifwat Akmal melalui sentuhan kaki kiri.

Kedah yang tertekan, terus bangkit memburu gol dan akhirnya pintu gol Melaka berjaya dibocori kali kedua pada minit ke-36 melalui gol Syafiq Ahmad yang merembat kencang dari luar kotak penalti dengan kedudukan itu kekal hingga ke separuh masa permainan.

Bermula babak kedua, Kedah meningkatkan serangan dengan percubaan tandukan depan gol oleh Ronald Ngah pada minit ke-54 yang menyambut bola tampanan penjaga gol Melaka, namun bola itu berjaya dikeluarkan pemain pertahanan lawan.

Sedang Kedah mencari gol tambahan, Melaka sekali lagi bangkit menyamakan kedudukan melalui Emanuel Oti yang merembat tepat ke arah gol pda minit ke-78 menewaskan Ifwat Akmal.

Kedah mendapat peluang terbaik menambah gol pada minit ke-87 apabila mendapat sepakan bebas namun percubaan oleh Syafiq sedikit tersasar sementara percubaan Melaka oleh Ifedayo dua minit selepas itu juga gagal membuahkan hasil apabila bola percubaannya terkena palang.

Di hujung babak perlawanan Kedah terpaksa menggigit jari apabila Melaka tampil dengan gol kemenangan menerusi tandukan Ifedayo.

8th May, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved