N. Sembilan di Kemuncak Prestasi, Mungkinkah JDT Mangsa Seterusnya?

Image of N. Sembilan di Kemuncak Prestasi, Mungkinkah JDT Mangsa Seterusnya?
Setelah mengharungi enam aksi Liga Super tanpa tewas, keyakinan di kem Negeri Sembilan berada di kemuncak dan mereka mahu mengekalkan momentum yang tercipta apabila berdepan juara lapan kali, Johor Darul Takzim pada Rabu ini.

Skuad bimbingan K.Devan ketika ini di kedudukan teratas Liga Super dengan 14 mata, hasil empat kemenangan dan dua keputusan seri manakala JDT yang bermain kurang dua perlawanan di tangga kedua dengan 12 mata.

Negeri Sembilan kini berpeluang membuka jurang di tangga teratas kepada lima mata jika berjaya menghadiahkan kekalahan pertama buat barisan bintang JDT di Paroi tetapi sebaliknya skuad Benjamin Mora akan kembali memimpin carta liga jika mereka yang berjaya untuk meleburkan rekod tanpa kalah skuad jang.

Bagi pemain pertahanan, Nasrullah Haniff Johan, dia tidak mahu memikirkan mengenai prospek melakar kejutan namun apa yang lebih penting adalah terjemahkan aksi terbaik di hadapan penyokong sendiri demi memastikan rekod bersih Negeri Sembilan tidak tercalar.

“Sebagai pendatang baharu dalam Liga Super, kami amat teruja untuk bertemu dengan JDT bagi menguji kekuatan sebenar pasukan dan melalui keputusan, kami dapat membuat penilaian serta memperbaiki sebarang kelemahan untuk memacu pasukan ke hadapan,”

“Sebagai pendatang baharu dalam Liga Super, kami amat teruja untuk bertemu dengan JDT bagi menguji kekuatan sebenar pasukan dan melalui keputusan, kami dapat membuat penilaian serta memperbaiki sebarang kelemahan untuk memacu pasukan ke hadapan,”

“Namun kami juga sedar untuk mencapai sasaran itu bukan mudah, namun dengan prestasi semasa pasukan yang memberangsangkan ketika ini selepas menang ke atas Sarawak United, Jumaat lalu, diharap momentum berkenaan berterusan,” kata Nasrullah.

Bagi JDT, perlawanan Rabu ini adalah aksi Liga Super pertama mereka selepas cukup sebulan berikutan penglibatan mereka dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022.

Skuad harimau selatan mara ke pusingan 16 terakhir setelah muncul juara Kumpulan I dengan mengatasi Ulsan Hyundai, Kawasaki Frontale dan Guangzhou Evergrande.

9th May, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved