Daniel Ting Dijangka Sertai Kelab Selatan

Image of Daniel Ting Dijangka Sertai Kelab Selatan
Pemain pertahanan berdarah kacukan Malaysia-England, Daniel Ting yang sebelum ini pernah bersama pasukan KL City dijangka akan sertai kelab ’Selatan’ tanah air.

Perkara ini dilaporkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran menerusi laman Twitter miliknya dan menyatakan Daniel juga bakal kembali ke kejohanan Liga Malaysia pada musim ini.

Sebelum ini beliau pernah dihangatkan dengan pelbagai dakwaan yang mengatakan bahawa beliau bakal menyertai pasukan lain di Liga Super dan enggan untuk mengambil suntikan vaksin seperti yang didedahkan Khalid Samad.

Disebabkan itu, beliau ditamatkan kontrak lebih awal bersama KL City.

Untuk rekod, pemain berusia 29 tahun itu pernah bersama KL City sejak 2021 ketika mana musim tersebut adalah musim terbaik dalam kariernya sepanjang beliau beraksi di Liga Malaysia.

Aksinya yang cukup cemerlang apabila berjaya membantu pasukan KL City merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2021 menewaskan pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim di pentas akhir.

Dikhabarkan beberapa bulan yang lepas, beliau juga hampir berkelana ke Liga Indonesia.

19th June, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved