Negeri Sembilan FC Benam Pahang di Paroi

Image of Negeri Sembilan FC Benam Pahang di Paroi
SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) memperoleh tiga mata selepas mengalahkan pasukan Sri Pahang FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini semalam..

Dalam perlawanan Liga Super itu menyaksikan skuad kendalian K.Devan itu menang 3-0.

Gol pertama pasukan itu dijaringakan oleh penyerang, Gustavo Almeida Dos Santos pada minit ke-33.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa dua minit.

Dua minit selepas separuh masa kedua, pemain pertahanan NSFC, Yaser Armando Pinto Islame menjaringkan gol kedua pasukan itu.

Pada minit ke-52, penyerang NSFC, Matheus Alves Leandro, menjaringkan gol ketiga bagi kedudukan selesa.

Perlawanan tamat dengan tambahan masa tiga minit.

26th June, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved