Zulhelmi Yakin Daniel Ting Bakal Sertai JDT

Image of Zulhelmi Yakin Daniel Ting Bakal Sertai JDT
Bekas pertahanan kiri Kuala Lumpur City FC, Daniel Ting dilaporkan sudah pun mencapai persetujuan untuk menyertai gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi satu hantaran yang dilakukan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pertahanan kacukan Malaysia-England itu sudah menyertai Harimau Selatan.

Pemain berusia 30 tahun itu dilaporkan telah berjaya mencapai persetujuan pada hari terakhir jendela perpindahan Liga Super bagi memperkuatkan barisan pertahanan pasukan.

Hal ini juga dikuatkan lagi menerusi laporan wartawan The Star, T. Avineshwaran yang turut mengesahkan mengenai berita perpindahan ini.

Sebelum ini, beliau telah pun disahkan oleh bekas majikannya bahawa khidmatnya telah dilupakan kerana tidak mahu mengambil suntikan vaksin.

Beliau juga dilaporkan telah pulang ke England selain dalam usaha untuk mencari pasukan baharu.

Walau bagaimanapun, kelibat pertahanan kental ini dikesan pada perlawanan yang melibatkan pertembungan epik antara JDT menentang Selangor FC yang menyaksikan Harimau Selatan membaham Selangor dengan keputusan 5-1.

Ini sekaligus menguatkan lagi desas-desus mengenai perpindahan beliau ke JDT.

26th June, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved