Mauricio Santos Umum Tinggalkan JDT

Image of Mauricio Santos Umum Tinggalkan JDT
Pemain pertahanan dari Brazil, Mauricio Santos tmengumumkan dirinya telah meninggalkan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sehingga artikel ini ditulis, pengumuman tersebut belum lagi diumumkan secara rasmi oleh JDT. Tetapi berdasarkan perkongsian di laman Instagram peribadinya sebentar tadi, Mauricio telah mengesahkan beliau tidak lagi bersama juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali berturut-turut itu.

Dengan kesyukuran yang tidak terhingga, saya menamatkan tempoh bersama Johor Darul Ta’zim. Terdapat 8 gelaran selama empat musim yang dedikasikan beserta kerja keras dan cinta untuk baju [jersi] ini,” tulis beliau.

“Saya hanya boleh berterima kasih kepada semua pihak yang menjadi sebahagian daripada trajektori ini yang menjadikannya lebih istimewa.

“Terima kasih JDT, saya mengundur diri membawa anda di dalam hati saya.”

Bekas pemain pertahanan Lazio itu turut pernah beraksi bersama Spartak Moscow dan Legia Warsaw sebelum berhijrah menyertai JDT pada 2019.

Kebangkitan dan keserasian gandingan Shane Lowry dan Sharul Saad bagaimana pun menyebabkan Mauricio sukar mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama skuad pilihan Benjamin Mora.

Pada musim ini, Mauricio masih belum melakukan sebarang penampilan di saingan Liga Super Malaysia untuk pasukan dari selatan tanah air itu.

Beliau bagaimanapun sempat tampil selama 20 minit dalam perlawanan peringkat kumpulanAFC Champions League (ACL) ketika tewas 5-0 kepada Kawasaki Frontale.

28th June, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved