TMJ: Jordi Amat Aset Besar Buat Indonesia, Pemain Berkualiti untuk JDT

Image of TMJ: Jordi Amat Aset Besar Buat Indonesia, Pemain Berkualiti untuk JDT
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan Jordi Amat merupakan aset terbesar buat Indonesia dan pemain yang berkualiti untuk kelab Johor Darul Ta’zim.

Ini selepas pemain pertahanan berusia 30 tahun itu dijangka menyertai JDT selepas kontraknya bersama kelab Belgium, KAS Eupen tamat pada 30 Jun ini.

“Dia (Jordi Amat) akan jadi aset terbesar,” kata TMJ dalam sesi bersama peminat malam tadi.

“Dia akan jadi salah satu aset besar Indonesia, kerana sudah bermain 100 lebih perlawanan di La Liga dan Premier League. Jikalau Indonesia tidak ambil dia, itu rugi besar.”

Jordi Amat akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mauricio, selepas empat tahun bersama JDT, memenangi 7 piala termasuk tiga kali juara Liga Super dan satu kali juara Piala Malaysia.

“Jadi, Jordi Amat akan jadi pemain JDT. Saya tak boleh ada Mauricio, sebab saya dah ada tiga pemain import dalam padang.

“Jordi nenek dia berasal dari Makassar kalau tak silap, jadi memang betul dia ada darah Indonesia. Dia pun nak sangat main dengan negara dia.

“Jadi saya nampak ini satu peluang kepada JDT untuk dapatkan pemain Sepanyol yang begitu berpengalaman, berkualiti dan bermain dengan kita.”

29th June, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved