Liga Super bakal ikut jejak langkah EPL?

Image of Liga Super bakal ikut jejak langkah EPL?
Arena bola sepak negara bakal melewati satu transformasi seiring dengan bola sepak moden membabitkan liga utama Malaysia, Liga Super bermula musim depan.

Sejak saingan Liga Super diperkenalkan pada 2004, ia merupakan kesinambungan kepada saingan Liga Malaysia yang diperkenalkan pada 1982, namun selepas 18 tahun, ia bakal mengharungi satu tranformasi baru -- saingan 12 pasukan kepada 18 pasukan yang dijadualkan bakal bermula pada tahun depan.

"Ia masih belum disahkan secara rasmi. Secara peribadi, dengan penambahan minit permainan, ia secara tidak langsung adalah perkara yang positif bagi memastikan pemain kekal aktif dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti bola sepak negara," kata Ketua pegawai eksekutif KL CIty FC, Stanley Bernard.

"Lebih banyak adalah lebih baik. Apa yang kami tidak mahu adalah pasukan bawahan menjadi pasukan belasahan. Ia akan mengambil masa untuk setiap pasukan meningkatkan kualiti permainan," kata Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Scott O'Donnell.

Malaysia Football League (MFL) selaku penjangur Liga Malaysia difahamkan akan membuat satu pengumuman rasmi mengenai masa depan Liga Malaysia Rabu ini.

20th July, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved