Hadiah Liga Super Dijangka Lebih Lumayan

Image of Hadiah Liga Super Dijangka Lebih Lumayan
Kuala Lumpur: Hadiah kemenangan Liga Super dijangka meningkat sekali gus pemenang akan meraih 'durian runtuh' dalam saingan musim depan.

Kempen Liga Super yang bakal menyaksikan penambahan pasukan daripada 12 kelab kepada 18 bakal menarik minat penaja di mana setiap pasukan akan beraksi sejumlah 34 perlawanan semusim.

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, hasil perubahan sistem liga bola sepak tempatan itu, tidak mustahil lebih banyak penaja akan melabur sekali gus memberi manfaat buat setiap pasukan.

Katanya, pihaknya akan berusaha mencari dan menaikkan hadiah kemenangan itu buat semua pasukan bertanding.

"InsyaAllah, kita di peringkat kita…sebabkan penaja kita pun akan bertambah, dan kita akan cuba mendapatkan lah (menaikkan hadiah kemenangan).

"Jadi lihatlah (nanti) berapa pendapatan daripada pihak MFL nanti," katanya yang tidak mengumumkan secara tepat berapa jumlah nilai yang akan dinaikkan.

Untuk rekod, musim lalu hadiah kemenangan buat juara Liga Super adalah sebanyak RM1 juta, manakala RM300,000 pula buat juara Liga Perdana.

Jika dibandingkan dengan nilai hadiah wang tunai dalam kalangan liga utama di Asia Tenggara, 'habuan' berkenaan adalah antara yang tertinggi selepas Liga 1 Thailand, yang difahamkan pemenang di negara itu bakal menerima 10 juta Baht atau kira-kira RM1.2 juta.

Manakala pemenang Liga 1 Vietnam pula dianggarkan menerima 3 bilion Dong atau bersamaan RM552,559, iaitu separuh daripada hadiah kemenangan Liga Super.

Di Liga Perdana Singapura pula, dilaporkan menerima hadiah wang tunai SGD150,000 (RM464,836) dan juara Liga Kebangsaan Myanmar pula hanya menerima 100 juta Kyats atau RM225,153.

Selain hadiah kemenangan yang akan disediakan oleh MFL buat pemenang Liga Super, setiap pasukan juga bakal meraih agihan dana hasil pendapatan dari hak penyiaran dan tajaan-tajaan lain.

Seperti amalan sebelum ini, MFL akan mengagihkan keuntungan itu berdasarkan kepada Perlembagaan MFL Jadual 7 (Pengedaran Pendapatan Rakan Kongsi Liga) dan 7A, di mana jumlah agihan kepada rakan kongsi liga ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah jika pendapatan tajaan kurang atau melebihi RM18 juta.

Berdasarkan peruntukan itu, pemberian agihan kepada 24 pasukan (musim lalu dalam Liga Super dan Liga Perdana) dibuat berdasarkan 75 peratus daripada pendapatan yang diraih MFL, di mana RM1 juta buat pasukan Liga Super dan RM RM500,000 untuk setiap kelab Liga Perdana.

Begitupun, rekod tertinggi yang pernah diraih adalah RM3 juta (Liga Super) dan RM1 juta (Liga Perdana) buat semua pasukan pada musi

27th July, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved