JDT belasah Sarawak United 4-0

Image of JDT belasah Sarawak United 4-0
PETALING JAYA – Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menunjukkan sebarang ‘kecacatan’ meskipun tanpa kelibat Benjamin Mora selepas berjaya menewaskan Sarawak United 4-0 pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Negeri, Kuching itu, skuad JDT turun buat kali pertama tanpa kelibat Mora yang secara rasmi tidak lagi menjadi ketua jurulatih pasukan berkuat kusa hari ini.

Namun, situasi tersebut tidak melemahkan semangat Harimau Selatan yang gah mendominasi saingan pada babak pertama hasil ledakan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-13 dan Bergson da Silva (m-20).

Bersambung pada babak kedua, skuad Kenyalang Emas berusaha untuk bangkit tetapi gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan pasukan pelawat.

JDT terus ghairah menambah gol dan berjaya meledak jaringan ketiga menerusi rembatan Syahmi Safari pada minit ke-79 sebelum Fernando Foriesteri melengkapkan kemenangan bergaya dengan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Keputusan tersebut menyaksikan JDT terus gah mendahului carta Liga Super dengan mengutip 32 mata selepas mengharungi 12 perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, skuad Sri Pahang berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas Selangor FC menerusi jaringan Steven Rodriguez dan Abdul Malik Mat Ariff.

28th July, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved