Ifedayo Buat Gergasi Merah Gigit Jari

Image of Ifedayo Buat Gergasi Merah Gigit Jari
PETALING JAYA – Pasukan Melaka United meneruskan momentum selepas merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Selangor FC pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Hang Jebat itu, skuad Sang Kancil kembali mempertaruhkan kelibat penyerang import sensasi, Ifedayo Olusegun yang sebelum ini terpaksa direhatka ekoran kecederaan.

Kehadiran Ifedayo yang juga bekas pemain Selangor ternyata membuatkan skuad tuan rumah lebih garang apabila muncul wira pasukan dengan meledak dua gol pada minit ke-39 dan ke-56.

Skuad Gergasi Merah berusaha untuk bangkit tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu itu juga menyaksikan kemarau kemenangan Melaka United merekodkan kemenangan pertama ke atas Selangor sejak musim 2018.

6th July, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved