JDT Menang Pra Final Piala Fa, Terengganu Tewas di Laman Sendiri

Image of JDT Menang Pra Final Piala Fa, Terengganu Tewas di Laman Sendiri
Johor Darul Ta’zim meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Terengganu dalam saingan Liga Super di Kuala Terengganu.

Kemenangan itu satu motivasi buat JDT yang akan bertemu Terengganu dalam final Piala FA pada 28 Ogos ini.

JDT mendahului menerusi serangan pantas yang disudahkan oleh Bergson pada minit ke-31.

JDT menggandakan kedudukan menerusi rembatan deras Fernando Forestieri dari luar kotak penalti, hanya seminit selepas separuh masa kedua bermula.

Bagaimanapun, Terengganu merapatkan jurang apabila sepakan percuma Hakimi Abdullah berjaya menewaskan Farizal Marlias pada minit ke-51.

Terengganu cuba menyamakan kedudukan sepanjang 30 minit akhir perlawanan namun keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

JDT meraih kemenangan ke-12 dengan mencatatkan 38 mata selepas 14 perlawanan manakala Terengganu kekal dengan 17 mata selepas 13 perlawanan.

10th August, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved