Jordi Amat: JDT Akan Tampil Lebih Garang

Image of Jordi Amat: JDT Akan Tampil Lebih Garang
Pemain import baharu Johor Darul Ta’zim, Jordi Amat mengakui pasukan JDT mempunyai potensi untuk mencipta pencapaian yang lebih cemerlang selepas ini.

Beliau turut menyatakan akan terus bekerja keras memperbaiki kelemahan yang sedia ada untuk tampil lebih garang. Perkara ini dikongsikan Amat menerusi satu hantaran dalam di laman sosial Instagram miliknya.

“Perlawanan sukar semalam, bukan keputusan yang kami mahukan. Kami akan terus berlatih keras untuk bertambah baik. Pasukan ini mempunyai potensi untuk mencapai perkara yang hebat.”

Beraksi bersama JDT bukanlah tugas mudah buat Amat kerana bekas pemain Swansea City dan Rayo Vallecano itu merupakan pemain termahal dalam Liga Super Malaysia. Ini kerana, nilai kontrak Amat dianggarkan mencecah sehingga RM4.6 juta.

Khidmat Jordi pastinya akan terus ditagih dalam usaha JDT mengekalkan gelaran juara Liga Super. JDT akan bertemu pasukan pelawat Melaka United pada 29 Ogos 2022 di Stadium Sultan Ibrahim.

22nd August, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved