PJ City Tambah Derita Selangor

Image of PJ City Tambah Derita Selangor
PETALING JAYA – Turun selaku pasukan pilihan tidak menjamin kemenangan buat Selangor apabila tewas 1-0 kepada Petaling Jaya City dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Selain menambah tekanan buat Selangor yang kini dilatih Nidzam Jamil, tiga mata yang diraih pada perlawanan ini turut menamatkan kemarau kemenangan PJ City sejak April lalu.

Walaupun mendominasi hampir keseluruhan permainan, ketumpulan jentera serangan dan kualiti bertahan yang dipamerkan pemain PJ City ‘mengheret’ The Red Giants ke dalam situasi tekanan terutamanya bagi memenuhi kehendak penyokong sendiri.

Sepanjang babak pertama berlangsung, Selangor yang turun selaku tuan rumah wajar menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan peluang khususnya menerusi situasi bola mati malah disiplin tinggi pemain PJ City ketika bertahan memaksa 45 minit pertama berakhir tanpa jaringan.

Walaupun lebih banyak berkampung di kawasan sendiri, minit ke-58, PJ City akhirnya berada berada menerusi penyerang kebangsaan, Darren Lok.

Di Stadium Darul Makmur, rekod tanpa kalah Sri Pahang dibawah kendalian Datuk Dollah Salleh akhirnya lebur apabila tunduk 2-1 kepada finalis Piala FA, Terengganu.

Kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang jaringan di babak pertama namun selepas aksi bersambung, tuan rumah hanya memerlukan dua minit untuk menghadirkan keceriaan buat penyokongnya selepas Manuel Hidalgo meledak gol pembukaan buat Sri Pahang.

Walaupun penjaga golnya, Mamadou Samassa banyak menafikan percubaan Terengganu, tempoh 17 minit terakhir menjadi igauan ngeri buat Sri Pahang yang menyaksikan gawang mereka dibolosi dua kali.

Terengganu memperoleh gol penyamaan menerusi Habib Haroon pada minit ke-73 sebelum Petrus Shitembi meledak gol kemenangan buat pasukan pelawat.

22nd August, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved