Terengganu Pesta Gol, Kipre Hatrik Benam Melaka United

Image of Terengganu Pesta Gol, Kipre Hatrik Benam Melaka United
Aksi tertunda saingan Liga Super LS9 hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Terengganu dan Melaka United.

Babak pertama perlawanan bermula dengan jaringan pembukaan berjaya dihasilkan menerusi Kpah Sherman pada minit ke-16 permainan. Gol Kpah sekaligus meletakkan Terengganu mendahului 1-0 pada aksi separuh masa pertama.

Terengganu terus garang pada babak kedua permainan. Nik Sharif Haseefy dan Tchetche Kipre masing-masing mencatat nama sebagai penjaring.

Ledakan pertama Kipre pada minit ke-67 permainan cantik menggegar jaring dari luar kotak penalti. Jaringan kedua Kipre terhasil setelah beliau memanfaatkan hantaran Faisal Halim.

Tchetche Kipre berjaya mencatat hatrik sekaligus melengkapkan malam gemilang buat Terengganu pada minit ke-81 permainan.

Skuad kendalian Nafuzi Zain berpesta jaringan di laman sendiri, keputusan perlawanan tamat, Terengganu 5-0 Melaka United.

4th September, 2022

WhatsApp
Telegram
Gobola Apps 2022. All Rights Reserved